Wednesday, August 15, 2018

Perdebatan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018


Ucapan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa perdebatan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 pada 15-Aug-2018
Saya bangun untuk menyertai perdebatan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018.
Walaupun hanya 2 mukasurat, Rang Undang-undang ini penting kerana ia satu RUU berkenaan digital world.
Malaysia ialah antara negara pertama di dunia yang membuat undang-undang berkenaan fake news.  Definisi fake news sangat longar dan terpakai di skop yang besar dan termasuk rakyat Malaysia dan warga asing.  Apabila ruang cakup yang begitu besar, maka ia bakal menjadi satu alat untuk menghalang kebebasan bersuara dan bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Any information not verified by Malaysian authorities cthnya 1MDB would be considered false.
Anti fake news Act juga diluluskan secara gopoh tanpa proses consultation dengan reelveant stakeholders.
Parlimen Gernman juga telah memakai Network Enforcement Act (NetzDG) pada 1-10-2017 tetapi ia hanya target kepada social media networks yang mempunyai 2 juta pengguna berdaftar.  Obligasi untuk mengeluarkan fake news adalah pada social media network selepas menerima aduan pengguna.
Kita dalam ambang sejarah manusia di mana platform digital baru telah mencecah sehingga selurun dunia.
Berita Tidak Benar (fake news) sebenarnya satu by-product era digital. Ini semua adalah berkenaan dengan persepsi orang ramai di mana institusi kerajaan serta media massa tradisional hilang kredibiliti di kalangan orang ramai.
Untuk memastikan satu system demokratik yang bebas, adalah penting Kerajaan, sektor perniagaan dan pengguna bekerjasama untuk menyelesaikan maalah fake news.  Kerajaan perlu menggalakkan kebebasan media yang professional dalam masyarakat. Industri media massa perlu mengekalkan kewartawanan yang bertaraf tinggi untuk membina kepercayaan orang ramai. Syarikat-syarikat teknologi pula perlu melabur dalam tools untuk mengenalpasti fake news dan mermperbaikini online accountability. Institusi pendidkan perlu mendidik orang ramai berkenaan literasi berita. Individu perlu mengikuti dan membaca sumber berita yang pelbagai samada online atau media konvensyen dan dapat bezakan yang benar dengan yang tidak benar.

Fake news dikeluarkan oleh pihak yang menyamar sebagai media tetapi menyebarkan berita palsu untuk mengelirukan orang ramai. Sekiranya aktiviti ini menjadi kempen bersistematik, ia akan bakal merosakkan kempen serta pentadbiran seluruh negara.  
Kerajaan janganlah melaksanakan polisi crackdowns on the news media atau censoring content.
Adalah penting organisasi media untuk menerbitkan fake news dan menyatakan ia fake news. To call a spade a spade.
Firma teknologi perlu melabur untuk mengenalpasti fake news dan fake account menggunakan algorithm untuk melindungi pengguna.
Saya mencadangkan Kerajaan bekerjasama dengan NGO untuk program-program news literacy – bagaimana menggunakan smart phone dan news literacy boleh membantu mereka yang online bagi kali pertama. Mereka merupakan kumpulan yang vulnerable dari segi fake news kerana belum biasa dalam dunia digital dan bezakan antara real news dan fake news.
Saya juga ingin menyeru Kerajaan melalui undang-undang melindungi data peribadi. Ini kerana data-data telah dikutip oleh syarikat-syarikat untuk micro-target untuk penyebaran fake news.

Saya telah meneliti laporan dari Select Committee Digital, Culture, Media and Sort House of Commons UK bahawa perlu satu framework baru untuk meminta tanggungjawab lebih besar dari syarikat-syarikat teknologi.
1.    Liabiliti undang-undang yang baru kepada syarikat-syarikat media untuk bertindak ke atas kandungan yang harmful and misleading yang bertentangan dengan community guidelines of social media sites.
2.    Kaedah Artificial intelligence untuk mengenalpasti kandungan yang harmful. 

 Oleh itu, terdapat banyak langkah untuk menangani isu fake news.
Begitu juga dengan terdapat undang-undang yang sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh menangani berita tidak benar.
Oleh itu Kerajaan BN telah tergesa-gesa untuk meluluskan satu akta yang masih mentah dan belum masak dengan klausa punitive yang berat.
--------


No comments: